Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kebebasan media digital yang tidak terikat dengan etika kewartawanan, telah mencabar dan meneggelamkan etika kewartawanan yang dipegang media tradisional sekian lama.
ISTIQOMAH
Tuesday, 26 July 2016
Monday, 25 July 2016
PENGENALAN
PENGENALAN
Dewasa kini, usaha melahirkan wartawan
tawaduk yang tunduk kepada halal dan haram agak sukar untuk direalisasikan
lebih-lebih lagi pada abad yang ke 20. Pergerakannya yang agak perlahan dalam
membentuk kewartawanan Islam semakin menjadikan bidang ini dicemari dengan
pelbagai paparan dan amalan yang tidak beretika. Berbanding dalam period negara
kita belum mencapai kemerdekaan, ramai wartawan yang betul-betul tawaduk dan
sentiasa menyampaikan berita yang benar bukan mementingkan keuntungan atau
populariti semata-mata yang kebanyakannya terdiri dari wartawan yang lahir dari
kalangan ulama.
Sekiranya dibuat perbandingan dengan
bidang yang mengamalkan prinsip dan etika Islam sekarang ini, sebagai contoh
bidang perbankan, terlalu besar jurang yang wujud antara dua bidang ini. Pada
hari ini juga, dapat dilihat sistem perbankan mengikut syariah telah berjaya
dilaksanakan sehingga dapat memberi pengaruh yang besar ke atas perbankan
konvensional yang akhirnya menawarkan produk-produk Islam dalam institusi
mereka.
Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak
dirasai oleh orang surat khabar iaitu orang media seperti wartawan itu sendiri.
Istilah ‘Kewartawanan Islam’ sangat jauh untuk dicapai dan dilaksanakan
sekiranya tidak dimulakan oleh wartawan itu sendiri serta menjadi amalan dalam
dunia kewartawanan sejajar dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Oleh itu, elemen penting yang perlu ada
dalam melaksanakan misi ini adalah dengan patuh kepada etika kerja yang
berlandaskan kepada Islam semata-mata. Dalam menjalankan sesuatu tugas
pekerjaan, aspek-aspek etika kerja perlulah diberi perhatian kepada pekerja
bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga untuk membantu membangunkan negara
dan menjadikan sebuah negara yang maju berlandaskan nilai etika kerja yang
berkesan.
MAKSUD ETIKA KEWARTAWANAN
Maksud Etika Kewartawanan
Menurut Aminudin Basir (2009), media
komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperoleh mesej yang
telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi
tidak dapat mencapai matlamat yand dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan
masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej
dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta
berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur.
Justeru, ajaran Islam perlu
dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media
komunikasi dan amalan etika pengalaman media komunikasi negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan
dalam Islam adalah seperti yang berikut:
- Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas.
- Dilarang menyiarkan berita berunsuran fitnah dalam pelbagai bentuk.
- Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah.
- Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting. Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (palsu).
Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah
digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila adalah seperti yang berikut:
- Tujuan utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
- Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem, dan dokumen.
- Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.
- Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
- Wartawan tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.
ETIKA KEWARTAWANAN DALAM ISLAM
Etika Kewartawanan Dalam Islam
Wartawan bermaksud individu yang
ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. Daripada sudut pandangan Islam, wartawan bermaksud seorang pendidik, pendakwah
dan pemimpin. Walaupun wartawan menghadapi kesukaran, kesusahan atau apa jua
bentuk ujian dalam usaha mendapatkan kebenaran berita namun dalam Islam
dianggap jihad dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. jika sesuatu penyebaran
mengikut syariahnya. Ini kerana Islam sebagai agama yang syumul sentiasa
menganjurkan setiap umatnya mengamalkan cara hidup yang beretika serta mematuhi
prinsip kehidupan Islam yang sebenar yang mencakupi setiap aspek kehidupan.
Salah satu sifat yang perlu dimiliki
wartawan iaitu perlulah mempunyai etika kerja yang bersifat jujur dan berperi
laku sebagaimana yang digariskan mengikut hukum al- Qur’an dan al-Hadith.
Etika Kewartawanan dalam Islam
merangkumi prinsip etika seperti:
- Bertakwa dan takut kepada Allah S.W.T. dalam setiap khabar berita yang diberi ulasan serta perlu menjaga akhlak peribadi dengan akhlak dan adab-adab Islam.
- Bersifat amanah pada diri dan masyarakat dengan menyiarkan kebenaran dan khabar berita yang berfaedah serta membuat kajian yang terperinci sebelum disebarkan setiap khabar berita yang diterima.
- Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya bukan hanya mendapatkan keuntungan sematamata. Dengan cara menghubungkan isu-isu dan berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah S.W.T agar manusia mengetahui bahawa agama Allah S.W.T atau risalah Islam itu meliputi seluruh bidang kehidupan.
- Berusaha menolak segala pembohongan/penulisan serta pemikiran yang menyesatkan serta mengembalikan mereka kepada Allah S.W.T. kerana itulah satu-satunya jalan yang memberi kebahagian kepada manusia.
Sering kali juga berlaku laman-laman
media terutama di media sosial yang berkaitan dakwah menggunakan hadis-hadis
palsu dan tidak menyelidiki sesebuah berita mahupun sumber bagi sesebuah
kenyataan yang diterima sebaliknya terus disiarkan dan gejala “copy and paste”
ini amat berbahaya. Sebaiknya adalah berita dan maklumat itu ditapis dan
disaring terlebih dahulu dalam memastikan keabsahan sumber dan tidak tersilap
seperti mana firman Allah,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga membuatkan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan.”(Surah al-Hujurat, ayat 6).
Maka hendaklah etika dan disiplin dalam
ilmu agama seperti ilmu al-Qur’an dan ilmu hadis dipatuhi dalam penyampaiannya
menerusi dakwah siber kerana ia merupakan satu kepentingan dalam prinsip dakwah
dalam menyebarkan seruan dan suruhan yang benar dan menolak segala bentuk kebatilan
dan kepalsuan.
WARTAWAN DAN LAPORAN BERITA
Wartawan dan Laporan Berita
Berita boleh ditakrif dari pelbagai sudut.
Dari sudut penulisan, berita
merupakan karangan ringkas, padat dan tepat mengenai sesuatu kejadian yang
disiarkan untuk memaklum, mendidik atau menghibur orang ramai.
Definisi ini
sekaligus mengandungi unsur yang perlu ada dalam berita. Antaranya adalah:
- Berita ialah laporan fakta dan pendapat mengenai sesuatu kejadian yang menarik minat orang ramai.
- Apa-apa juga bentuk maklumat yang diminati oleh pembaca adalah berita dengan syarat tidak menyalahi undang-undang dan etika kewartawanan.
- Berita ialah maklumat yang tepat dan sesuai dengan waktu ia berlaku. Penemuan pendapat baru dan perkara menarik lain boleh juga dianggap sebagai berita.
Pendek kata, berita merupakan maklumat
terbaru yang penting dan berpotensi memberikan banyak manfaat kepada
masyarakat. Pembaca atau penonton akan didedahkan kepada pelbagai jenis
maklumat, sekaligus menyediakan platform kepada umum untuk mencari idea,
membuat perbandingan pendapat dan seterusnya membantu mereka membuat keputusan,
kadangkala membantu mereka menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
JENIS-JENIS BERITA
Jenis-Jenis Berita
Apabila membincangkan mengenai
bentuk-bentuk laporan berita dalam akhbar hariantempatan, pelbagai segmen
berita disiarkan mengikut format serta gaya persembahansetiap akhbar. Berikut
ialah jenis-jenis berita:
- Berita am: Berita mengenai perkara yang biasa berlaku dan bersifat umum tetapimasih dianggap mempunyai nilai berita.
- Berita antarabangsa: Berita antarabangsa mengenai peristiwa atau kejadian yang berlaku di negara-negara berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa dan mempunyaikepentingan kepada media yang menyiarkannya.
- Berita ekonomi: Berita berkaitan kegiatan ekonomi dan perdagangan, kewangan, hartanah, perkapalan dan sebagainya.
- Berita Jenayah: Berita mengenai kejadian salah laku bercanggah undang-undang seperti membunuh.
- Berita kerajaan: Berita mengenai kegiatan kerajaan seperti membuat dasar.
- Berita sukan: Berita atau laporan berkenaan sukan atau olahraga, pertandingan olahraga dan sebagainya.
- Berita wawancara: Berita yang dihasilkan berdasarkan wawancara dengan sumber atau tokoh tertentu sama ada melalui pertemuan bersemuka, perbualan telefon atau mail.
ISU ETIKA KEWARTAWANAN DAN CABARAN
Isu Etika Kewartawanan dan Cabaran
Cabaran terbesar pengamal media hari ini
ialah mereka seharusnya menguasai sedalam-dalamnya ajaran Islam itu sendiri.
Jika tidak, apa pun gagasan yang dilontarkan kerajaan tidak berupaya disambut
baik oleh masyarakat jika tidak berlandaskan kekuatan ilmu. Antaranya,
pengendalian istilah-istilah Islam yang betul dan kena pada tempatnya. Editor
dan Ketua Pengarang harus mempunyai kefahaman agama yang kukuhdan sekiranya
perlu, lantik golongan berpendidikan agama.
Seterusnya, wartawan dari meja mahkamah
atau jenayah perlu berbincang dengan editor sebelum menulis berita berkaitan
kes rogol dan pembunuhan yang mungkin mendatangkan keaiban kepada mangsa dan
keluarga mereka.
Dari aspek perundangan, pihak mahkamah
perlu mengisytiharkan setiap kes rogol dan kes seumpamanya perlu dibicarakan
dalam mahkamah tertutup. Ini kerana kes-kes seumpama ini tidak sepatutnya
mendapat liputan meluas media. Namun begitu, kes-kes jenayah lain seperti
ragut, rasuah, rompakan dan sebagainya perlu dibicarakan dimahkamah terbuka
untuk memberi iktibar kepada masyarakat.
WARTAWAN SEBAGAI PENDAKWAH DAN PEMBANGUN UMMAH
Wartawan
Sebagai Pendakwah dan Pembangun Ummah
Asas usaha dakwah ialah mengajak dan
menyeru umat Islam supaya beriman serta berpegang teguh kepada suruhan Allah
dan sunnah Rasul-Nya. Dalam surah an-Nahl,ayat 125, Allah SWT berfirman yang
bermaksud, ”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka
(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.”
Pendakwah boleh bersifat individu,
organisasi, negara dan ummah keseluruhannya yang menyampaikan mesej Islam
secara verbal dan non-verbal. Seorang pengarang, pemberita (wartawan),
jurugambar, penulis skrip, pelayan web, pereka grafik dan pelbagai lagi
profesyen yang bekerja untuk Islam dan kesejahteraan ummah termasuk dalam
kategori pendakwah.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“Abu Musa ada menyebut, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW,
siapakah umat Islam yang terbaik? Maka jawab Rasulullah, orang yang mengelak
daripada menyinggung perasaan sesama Islam sama ada menggunakan tangan mahupun
lidahnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari). Beberapa etika berkomunikasi yang
dianjurkan Islam amat bertepatan dengan hasrat mewujudkan keamanan sejagat,
antaranya:
- Bercakap secara baik dengan setiap manusia.
- Berbicara dengan lembut walaupun dengan musuh.
- Jangan menghina atau menfitnah sesame manusia.
- Mendoakan kesejahteraan (ucapan salam).
Berpandukan kepada asas yang dianjurkan
Islam, jelas wartawan berupaya menjalankan usaha dakwah menerusi kandungan
penulisan serta bahan siaran yang disampaikan kepada khalayak. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah, ayat 42 yang bermaksud, ”janganlah kamu menyamarkan kebenaran
dengan kebatilan serta kamu menyembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat
sebenarnya).” Justeru, wartawan yang baik harus mampu menyampaikan maklumat
yang tepat dan sahih, sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan minda yang
seimbang di kalangan khalayak.
CABARAN KEWARTAWANAN
Cabaran Kewartawanan
- Masyarakat umum sebagai wartawan segera.
Namun demikian, kebanyakan penulis blog
adalah terdiri daripada golongan penulis yang tidak diiktiraf sebagai penulis
yang berkaliber. Kesahihan maklumat yang disampaikan diragui kerana penulis itu
tiada kredibiliti sebagai seorang penulis yang mempunyai kelayakan dalam bidang
kewartawanan. Oleh itu, kerjaya kewartawanan akan tergugat akibat daripada
maklumat yang disebarkan akan mudah diubahsuai oleh blogger yang hanya mahu
meluaskan karya penulisannya. Hal ini, boleh menyebabkan kredibiliti seorang
wartawan diragui oleh masyarakat umum. Ini merupakan salah satu bentuk cabaran
yang perlu dihadapi oleh para wartawan apabila berlaku transformasi pembangunan
industri media.
- Kepelbagaian Maklumat.
Perkembangan teknologi maklumat
khususnya internet telah menyebabkan berlaku kepelbagaian maklumat yang amat
pesat. Justeru itu, sebarang maklumat yang dikehendaki hanya perlu diakses
menggunakan talian internet yang semakin meluas.Hal ini telah menyebabkan semua
individu obses terhadap segala maklumat dan informasi yang dapat dicapai dalam
masa yang singkat.
- Laman Sosial.
Kepelbagaian bahan teknologi menjadikan
blogger lebih kreatif dalam penyampaian maklumat, hal ini dapat dilihat
daripada cara mereka mendapat data dan maklumat yang diperoleh untuk disebarkan
kepada umum. Contohnya melalui laman sesawang. Trend masyarakat pada hari ini
ialah menggunakan laman sesawang untuk berhubung dengan masyarakat luar,
contohnya dalam semua perkara termasuk menyampaikan berita dan maklumat
terkini. Bagi sesetengah golongan celik IT, mereka menggunakan kecanggihan
teknologi ini untuk berkongsi maklumat, pelbagai jenis maklumat dapat diakses
dengan hanya satu carian di internet.
Selain daripada itu, kewujudan portal
berita online seperti Berita Harian.com dan juga bahan berita lain menjadikan
pengguna lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.
Kewujudan media baru menjadikan masyarakat lebih gemar menggunakan media
alternatif ini berbanding dengan media tradisional yang semakin dilupakan.
- Penawaran yang Bernilai (Rasuah).
Terdapat juga dari segelintir golongan
mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan
keuntungan kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan
beberapa keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian ke luar
negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta memberikan sedikit
saguhati berupa barangan ataupun wang.
- Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh.
Terdapat segelintir dari golongan orang
yang berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya
mencurigakan wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai penjaga tepi
kain orang lain untuk membongkar rahsia dan seterusnya menyiarkannya kepada
masyarakat.
Selain itu, wartawan juga menghadapi
masalah off record yang diberikan oleh golongan yang berpengaruh untuk
pengetahuan diri wartawan tetapi bukan untuk disiarkan oleh akhbar seperti isu
yang melibatkan keselamatan negara, pergeseran politik dan penyelewengan
kewangan
ISU ETIKA KEWARTAWANAN
Isu Etika Kewartawanan
Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman
(2009), terdapat empat aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para
wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di
seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah:
- Muslihat: Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita. Seperti menipu atau menambah-nambah berita.
- Konflik kepentingan: Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi. Seperti melindungi agensi atau wartawan itu sendiri dengan menukar berita.
- Kecenderungan peribadi: Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu. Hal atau isu sebegini boleh dikatakan sebagai berat sebelah dan hanya menyampaikan isu dari sebelah pihak sahaja dan tidak tepat.
- Pencerobohan ruang privasi: Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas dan melaksanakan tugas-tugas pemberitaan. Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mematuhi etika kewartawanan dan hanya menumpukan perhatian untuk mendapatkan berita terkini.
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Islam sememangnya menggalakan semangat
kebebasan berfikir, bersuara dan bertindak di kalangan masyarakat. Secara
rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak atasan daripada media arus perdana
dan alternatif haruslah peka dengan keadaan ini di mana dilihat kepada dapatan
kajian menunjukkan tahap pemahaman terhadap perlaksanaan etika kerja Islam di
kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif berada di tahap
sederhana.
Pihak tersebut perlulah membuka lembaran
sejarah terdahulu di mana lahirnya wartawan sebelum merdeka kebanyakan mereka
memaparkan berita yang benar kerana pemahaman mereka tentang etika kerja kerana
Allah S.W.T semata-mata bukannya bertujuan untuk meraih populariti dan
keuntungan sehingga mengabaikan etika kerja yang sebenarnya.
Begitu juga tahap kepuasan responden
terhadap wartawan Islam media arus perdana terutamanya menunjukkan tahap
sederhana. Jika dibiarkan ianya akan menyebabkan kerugian kepada premis kerana
amalan kerja amat penting dalam Islam untuk menarik pelanggan dan meningkatkan
lagi kebolehpercayaan masyarakat terhadap maklumat yang disampaikan di samping
mereka perlulah sentiasa berpegang kepada konsep Islam.
RUJUKAN
RUJUKAN
- Buku-Buku Ilmiah
Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd
Sukri dan Alias Mat Saad(2016). Komunikasi
dan Penyiaran dalam Islam.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
- Internet
Subscribe to:
Posts (Atom)