Wartawan dan Laporan Berita
Berita boleh ditakrif dari pelbagai sudut.
Dari sudut penulisan, berita
merupakan karangan ringkas, padat dan tepat mengenai sesuatu kejadian yang
disiarkan untuk memaklum, mendidik atau menghibur orang ramai.
Definisi ini
sekaligus mengandungi unsur yang perlu ada dalam berita. Antaranya adalah:
- Berita ialah laporan fakta dan pendapat mengenai sesuatu kejadian yang menarik minat orang ramai.
- Apa-apa juga bentuk maklumat yang diminati oleh pembaca adalah berita dengan syarat tidak menyalahi undang-undang dan etika kewartawanan.
- Berita ialah maklumat yang tepat dan sesuai dengan waktu ia berlaku. Penemuan pendapat baru dan perkara menarik lain boleh juga dianggap sebagai berita.
Pendek kata, berita merupakan maklumat
terbaru yang penting dan berpotensi memberikan banyak manfaat kepada
masyarakat. Pembaca atau penonton akan didedahkan kepada pelbagai jenis
maklumat, sekaligus menyediakan platform kepada umum untuk mencari idea,
membuat perbandingan pendapat dan seterusnya membantu mereka membuat keputusan,
kadangkala membantu mereka menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment