PENGENALAN
Dewasa kini, usaha melahirkan wartawan
tawaduk yang tunduk kepada halal dan haram agak sukar untuk direalisasikan
lebih-lebih lagi pada abad yang ke 20. Pergerakannya yang agak perlahan dalam
membentuk kewartawanan Islam semakin menjadikan bidang ini dicemari dengan
pelbagai paparan dan amalan yang tidak beretika. Berbanding dalam period negara
kita belum mencapai kemerdekaan, ramai wartawan yang betul-betul tawaduk dan
sentiasa menyampaikan berita yang benar bukan mementingkan keuntungan atau
populariti semata-mata yang kebanyakannya terdiri dari wartawan yang lahir dari
kalangan ulama.
Sekiranya dibuat perbandingan dengan
bidang yang mengamalkan prinsip dan etika Islam sekarang ini, sebagai contoh
bidang perbankan, terlalu besar jurang yang wujud antara dua bidang ini. Pada
hari ini juga, dapat dilihat sistem perbankan mengikut syariah telah berjaya
dilaksanakan sehingga dapat memberi pengaruh yang besar ke atas perbankan
konvensional yang akhirnya menawarkan produk-produk Islam dalam institusi
mereka.
Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak
dirasai oleh orang surat khabar iaitu orang media seperti wartawan itu sendiri.
Istilah ‘Kewartawanan Islam’ sangat jauh untuk dicapai dan dilaksanakan
sekiranya tidak dimulakan oleh wartawan itu sendiri serta menjadi amalan dalam
dunia kewartawanan sejajar dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Oleh itu, elemen penting yang perlu ada
dalam melaksanakan misi ini adalah dengan patuh kepada etika kerja yang
berlandaskan kepada Islam semata-mata. Dalam menjalankan sesuatu tugas
pekerjaan, aspek-aspek etika kerja perlulah diberi perhatian kepada pekerja
bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga untuk membantu membangunkan negara
dan menjadikan sebuah negara yang maju berlandaskan nilai etika kerja yang
berkesan.
No comments:
Post a Comment