Isu Etika Kewartawanan dan Cabaran
Cabaran terbesar pengamal media hari ini
ialah mereka seharusnya menguasai sedalam-dalamnya ajaran Islam itu sendiri.
Jika tidak, apa pun gagasan yang dilontarkan kerajaan tidak berupaya disambut
baik oleh masyarakat jika tidak berlandaskan kekuatan ilmu. Antaranya,
pengendalian istilah-istilah Islam yang betul dan kena pada tempatnya. Editor
dan Ketua Pengarang harus mempunyai kefahaman agama yang kukuhdan sekiranya
perlu, lantik golongan berpendidikan agama.
Seterusnya, wartawan dari meja mahkamah
atau jenayah perlu berbincang dengan editor sebelum menulis berita berkaitan
kes rogol dan pembunuhan yang mungkin mendatangkan keaiban kepada mangsa dan
keluarga mereka.
Dari aspek perundangan, pihak mahkamah
perlu mengisytiharkan setiap kes rogol dan kes seumpamanya perlu dibicarakan
dalam mahkamah tertutup. Ini kerana kes-kes seumpama ini tidak sepatutnya
mendapat liputan meluas media. Namun begitu, kes-kes jenayah lain seperti
ragut, rasuah, rompakan dan sebagainya perlu dibicarakan dimahkamah terbuka
untuk memberi iktibar kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment