ISTIQOMAH

ISTIQOMAH

Monday, 25 July 2016

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Islam sememangnya menggalakan semangat kebebasan berfikir, bersuara dan bertindak di kalangan masyarakat. Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak atasan daripada media arus perdana dan alternatif haruslah peka dengan keadaan ini di mana dilihat kepada dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman terhadap perlaksanaan etika kerja Islam di kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif berada di tahap sederhana.
Pihak tersebut perlulah membuka lembaran sejarah terdahulu di mana lahirnya wartawan sebelum merdeka kebanyakan mereka memaparkan berita yang benar kerana pemahaman mereka tentang etika kerja kerana Allah S.W.T semata-mata bukannya bertujuan untuk meraih populariti dan keuntungan sehingga mengabaikan etika kerja yang sebenarnya.

Begitu juga tahap kepuasan responden terhadap wartawan Islam media arus perdana terutamanya menunjukkan tahap sederhana. Jika dibiarkan ianya akan menyebabkan kerugian kepada premis kerana amalan kerja amat penting dalam Islam untuk menarik pelanggan dan meningkatkan lagi kebolehpercayaan masyarakat terhadap maklumat yang disampaikan di samping mereka perlulah sentiasa berpegang kepada konsep Islam.

No comments:

Post a Comment