Cabaran Kewartawanan
- Masyarakat umum sebagai wartawan segera.
Namun demikian, kebanyakan penulis blog
adalah terdiri daripada golongan penulis yang tidak diiktiraf sebagai penulis
yang berkaliber. Kesahihan maklumat yang disampaikan diragui kerana penulis itu
tiada kredibiliti sebagai seorang penulis yang mempunyai kelayakan dalam bidang
kewartawanan. Oleh itu, kerjaya kewartawanan akan tergugat akibat daripada
maklumat yang disebarkan akan mudah diubahsuai oleh blogger yang hanya mahu
meluaskan karya penulisannya. Hal ini, boleh menyebabkan kredibiliti seorang
wartawan diragui oleh masyarakat umum. Ini merupakan salah satu bentuk cabaran
yang perlu dihadapi oleh para wartawan apabila berlaku transformasi pembangunan
industri media.
- Kepelbagaian Maklumat.
Perkembangan teknologi maklumat
khususnya internet telah menyebabkan berlaku kepelbagaian maklumat yang amat
pesat. Justeru itu, sebarang maklumat yang dikehendaki hanya perlu diakses
menggunakan talian internet yang semakin meluas.Hal ini telah menyebabkan semua
individu obses terhadap segala maklumat dan informasi yang dapat dicapai dalam
masa yang singkat.
- Laman Sosial.
Kepelbagaian bahan teknologi menjadikan
blogger lebih kreatif dalam penyampaian maklumat, hal ini dapat dilihat
daripada cara mereka mendapat data dan maklumat yang diperoleh untuk disebarkan
kepada umum. Contohnya melalui laman sesawang. Trend masyarakat pada hari ini
ialah menggunakan laman sesawang untuk berhubung dengan masyarakat luar,
contohnya dalam semua perkara termasuk menyampaikan berita dan maklumat
terkini. Bagi sesetengah golongan celik IT, mereka menggunakan kecanggihan
teknologi ini untuk berkongsi maklumat, pelbagai jenis maklumat dapat diakses
dengan hanya satu carian di internet.
Selain daripada itu, kewujudan portal
berita online seperti Berita Harian.com dan juga bahan berita lain menjadikan
pengguna lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.
Kewujudan media baru menjadikan masyarakat lebih gemar menggunakan media
alternatif ini berbanding dengan media tradisional yang semakin dilupakan.
- Penawaran yang Bernilai (Rasuah).
Terdapat juga dari segelintir golongan
mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan
keuntungan kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan
beberapa keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian ke luar
negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta memberikan sedikit
saguhati berupa barangan ataupun wang.
- Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh.
Terdapat segelintir dari golongan orang
yang berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya
mencurigakan wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai penjaga tepi
kain orang lain untuk membongkar rahsia dan seterusnya menyiarkannya kepada
masyarakat.
Selain itu, wartawan juga menghadapi
masalah off record yang diberikan oleh golongan yang berpengaruh untuk
pengetahuan diri wartawan tetapi bukan untuk disiarkan oleh akhbar seperti isu
yang melibatkan keselamatan negara, pergeseran politik dan penyelewengan
kewangan
No comments:
Post a Comment