ISTIQOMAH

ISTIQOMAH

Monday, 25 July 2016

MAKSUD ETIKA KEWARTAWANAN

Maksud Etika Kewartawanan

Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yand dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. 
Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengalaman media komunikasi negara.

Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam adalah seperti yang berikut:
  • Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas.
  • Dilarang menyiarkan berita berunsuran fitnah dalam pelbagai bentuk.
  • Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah.
  • Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting. Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah (palsu).


Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila adalah seperti yang berikut:
  • Tujuan utama wartawan ialah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
  • Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem, dan dokumen.
  • Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.
  • Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita. 
  • Wartawan tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.

No comments:

Post a Comment