Etika Kewartawanan Dalam Islam
Wartawan bermaksud individu yang
ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. Daripada sudut pandangan Islam, wartawan bermaksud seorang pendidik, pendakwah
dan pemimpin. Walaupun wartawan menghadapi kesukaran, kesusahan atau apa jua
bentuk ujian dalam usaha mendapatkan kebenaran berita namun dalam Islam
dianggap jihad dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. jika sesuatu penyebaran
mengikut syariahnya. Ini kerana Islam sebagai agama yang syumul sentiasa
menganjurkan setiap umatnya mengamalkan cara hidup yang beretika serta mematuhi
prinsip kehidupan Islam yang sebenar yang mencakupi setiap aspek kehidupan.
Salah satu sifat yang perlu dimiliki
wartawan iaitu perlulah mempunyai etika kerja yang bersifat jujur dan berperi
laku sebagaimana yang digariskan mengikut hukum al- Qur’an dan al-Hadith.
Etika Kewartawanan dalam Islam
merangkumi prinsip etika seperti:
- Bertakwa dan takut kepada Allah S.W.T. dalam setiap khabar berita yang diberi ulasan serta perlu menjaga akhlak peribadi dengan akhlak dan adab-adab Islam.
- Bersifat amanah pada diri dan masyarakat dengan menyiarkan kebenaran dan khabar berita yang berfaedah serta membuat kajian yang terperinci sebelum disebarkan setiap khabar berita yang diterima.
- Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya bukan hanya mendapatkan keuntungan sematamata. Dengan cara menghubungkan isu-isu dan berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah S.W.T agar manusia mengetahui bahawa agama Allah S.W.T atau risalah Islam itu meliputi seluruh bidang kehidupan.
- Berusaha menolak segala pembohongan/penulisan serta pemikiran yang menyesatkan serta mengembalikan mereka kepada Allah S.W.T. kerana itulah satu-satunya jalan yang memberi kebahagian kepada manusia.
Sering kali juga berlaku laman-laman
media terutama di media sosial yang berkaitan dakwah menggunakan hadis-hadis
palsu dan tidak menyelidiki sesebuah berita mahupun sumber bagi sesebuah
kenyataan yang diterima sebaliknya terus disiarkan dan gejala “copy and paste”
ini amat berbahaya. Sebaiknya adalah berita dan maklumat itu ditapis dan
disaring terlebih dahulu dalam memastikan keabsahan sumber dan tidak tersilap
seperti mana firman Allah,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga membuatkan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan.”(Surah al-Hujurat, ayat 6).
Maka hendaklah etika dan disiplin dalam
ilmu agama seperti ilmu al-Qur’an dan ilmu hadis dipatuhi dalam penyampaiannya
menerusi dakwah siber kerana ia merupakan satu kepentingan dalam prinsip dakwah
dalam menyebarkan seruan dan suruhan yang benar dan menolak segala bentuk kebatilan
dan kepalsuan.
No comments:
Post a Comment